Malaysia
currently in progress.

04 October 2015

Skytrex Shah Alam

Jadi semalam aku, Mirza, Mat, Aten, Fatin, dan Muz pergi ke Sky Trek Shah Alam yang terletak dekat Taman Botani Negara, Shah Alam. Aku dan Mirza gerak dari Puchong dan jumpa dengan yang lain dekat depan entrance Taman Botani. Memandangkan sekarang jerebu, on the way kitorang ke Shah Alam, terasa jalan macam jalan naik genting, kabus bukan main.

Dekat Skytrex ni ada 3 jenis circuit, Little Adventure(beginners), Big Thrill(intermediate) dan Extreme Challenge(Advanced). Since kitorang semua ni agak adrenaline junkie, kitorang pun ambil lah Extreme Challenge. Kitorang buat booking online dekat website sini. Untuk pergi ke circuit ni, kitorang naik shuttle yang diorang dah sediakan. Shuttle ni bawak sampai kat entrance Sky Park Adventure.

Kos :
Extreme Challenge              =  RM55 + RM3 (GST)
Tiket Parking                       =  RM3 (per car)
Tiket Masuk Taman Botani =  RM3 (per head)

Turun je dari shuttle, kitorang pergi pondok dia untuk register. Lepas register, kitorang letak barang dalam loker dan terus pergi gear up. Untuk buat aktiviti ni, diorang akan bagi gear such as harness dan gloves. Serius kena pakai gloves, kalau tak memang melecet tapak tangan.

Kos:
Gloves                                  =  RM5 (wajib beli kalau tak bawa gloves sendiri, beli dekat pondok)
Sewa Loker                          =  RM12 (RM10 deposit akan dipulangkan balik)

Orang tengah beratur, gambar dulu sekali.
Sudah je gear up, bermula la aktiviti kitorang. Starting naik 3 meter hanging ladder, flying fox, naik 13 meter hanging ladder, flying fox, lalu hanging rope bridge, monkey bar, naik hanging ladder, flying fox, etc...(sorry, dah tak ingat). Paling tinggi korang akan naik sampai paras 33 meter atas tanah, serius kalau gayat jangan cuba.

Monkey Bar, 16 meter paras darat.
Habis je circuit, memang terasa lenguh, lagi lagi part tangan, menyengat rasa. After rehat dan pulangkan balik gear yang dipinjam sebelum buat aktiviti, kitorang pun bergambar dekat #skytrex

Selesai Extreme Challenge!

Port wajib amek gambo
Selesai bergambar, kitorang pun balik ke entrance Taman Botani naik shuttle. Tapi sebelum balik kitorang pulang kunci loker balik, kalau tak rugi la RM10. Lepas ni, harap harap dapat la pergi Skytrex Langkawi pula, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment