Malaysia
currently in progress.

04 April 2012

Senaman hujung minggu

   Tanggal 25/3/2012, aku, hairi, atuk, pojan, dan wan telah pergi mendaki Bukit Tabur. Awal-awal planning nak gerak pukul 7.30 la kan tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, pukul 10 baru la gerak. *pfft* Entrance naik bukit ni terletak kat kawasan perumahan Taman Melati, tapi aku lupa la pulak nama kawasan perumahan tu. Apakan daya, pokcik tuo sudah.

   Dalam pukul 11, kitorang start la hike bukit tu. Memang benarlah khabar angin yg diceritakan oleh teman-teman, bukit ni memang menguji fitness. Baru sampai checkpoint 3, kitorang semua dah pancit gila dah. So, rehat-rehat la jap amek gambar kan.




   Then, lepas sesi bergambar, kitorang pun sambung hike balik. Oh, for general knowledge, Bukit Tabur ni ada dua side, timur dan barat. Yang kitorang hike ni belah barat and di sini ada 12 checkpoint semuanya. Lebih kurang sejam kitorang hike, sampai la kitorang ke checkpoint 10 di mana kat checkpoint ni kebanyakan orang akan patah balik sebab tak berani nak rock climbing ke checkpoint 11. Tapi kalau korang nak tengok overview UIA Gombak, dari checkpoint 10 memang nampak dah. Lawa baq hang!
    
   Nak ke checkpoint 11, memang terbaik la dia punya rock climbing tu. Kitorang pun pada asalnya nak patah balik dah, tapi entah dari mana, datang pulak akak cun sorang ni, rileks je climbing terus ke checkpoint 11 tu. Haih, tercabar la kejantanan kitorang ni, so kitorang pun apa lagi, maju lalu !

  

   Fuh! Dah sampai checkpoint 11, ingat dah setel dah rock climbing ni, rupa-rupanya nak ke checkpoint 12 kena climbing lagi, so alang-alang menyeluk perkasam, biar habis daki straight Bukuit Tabur #pantunDavidTeo.  At last, sampai jugak kitorang ke puncak Bukit Tabur, pemandangan kat sini memang terbaik la cakap. Aman, nyaman, damai, indah dan sepoi-sepoi bahasa. Gambar kat puncak takda la pulak. Downnnn! 

   Habis je piknik sebentar di puncak berhidang kan roti gardenia, kaya pandan, dan air mineral Blue 1.5L, kitorang pun sebulat suara untuk turun. Nak turun ni pun gamble jugak, al-maklumlah, first time naik Bukit Tabur ni, masing-masing mana tau jalan nak turun. Luckily, kitorang terserempak dengan sorang brother yang on the way nak turun juga, so follow the lead je la. Dalam pukul 2 lebih, kitorang pun sampai la ke kaki bukit balik. Alhamdulillah, semua selamat sampai ke bawah walaupun kaki sorang-sorang dah vibrate cam haram dah. 

   So, pada korang-korang yang rasa suka aktiviti lasak ni, dekat Bukit Tabur ni kira orite gak la. Boleh hiking, jungle tracking, rock climbing and piknik, combine all in one.

Sekian 
 
credit gambar : facebook atuk, facebook hairi.

No comments:

Post a Comment