Malaysia
currently in progress.

17 August 2011

Angry Bird Live Action


Kalo korang suka main Angry Bird, mesti korang rasa video ni gempak an, an, an.

Membaca tu kan jambatan ilmu.

"Assalamualaikum."
Salam dihulur pembuka bicara.
Dengan menggunakan komputer office jenama dell, tepat jam 12.11 pm, aku pun meng-update blog ini yang sudah lama tidak dinukilkan dengan kisah-kisah terbaru. Seringkali niat untuk menulis di blog ini terbatas dengan pelbagai alasan yang sememangnya biasa diberikan oleh orang seperti aku.
"Tak ada mood la."
"Malasla."
Tapi kini tidak lagi. Ha Ha Ha.

--------------------------------------------------

  Amacam baca sekapur sireh kat atas. haha. Biasalah, sekali-sekala buat ayat novel sikit. Nak gak eden torai ayat-ayat novel ni kan. Ok lah, kat sini aku nak share la dengan korang buku-buku yang aku cubakan diri aku untuk baca sepanjang cuti ni. Antaranya:


Buku ni best. Cerita pasal 2 orang budak lelaki Afghanistan yang berlainan puak. Sorang pashtun, sorang hazara. Diorang ni kawan baik. Dalam buku ni ada la cerita pasal kisah hidup diorang hidup dekat Afghanistan. Ada la pasal friendship, pride, betrayal. For me, buku ni terbaik ! And buku ni juga la buku novel English first sekali yang aku berjaya habiskan sepanjang aku hidup ni. *Hebat laaah*


Ni buku second yang aku berjaya khatamkan time cuti ni. A thousand splendid suns. Title buku ni diambil dari puisi Farsi. Macam mana aku tau? Mesti la sebab aku dah baca beb ! Buku ni pulak cerita pasal kehidupan 2 orang perempuan yang terpaksa kahwin awal sebab kemelut hidup di Afghanistan. Penulis buku ni sama dengan je ngan penulis buku The Kite Runner which is first buku kat atas tu. Buku ni pun best ayam ! Novel English pulak lagi. *Hebat laaah*
 
Haha. Buku last ni tak boleh kata apa la. Baca pun sebab kena cabar dengan kaka saudara aku. Dia cakap buku ni sedih gila, so aku try la reading se babak dua. Pergh, last-last habis kot ! Unbelievable betul lah. Novel ni memang jiwang tak hengat punya. Sedih gila sikit la novel ni. Perempuan kalau baca mesti menangis punya. Serius tarak tipu. Kalau lelaki, heh. Harapan laa. (ini tipu)

Itu je la 3 novel yang aku dah berjaya habiskan time cuti ni. Time puasa ni khatamkan Quran la pulak kan. Dunia Akhirat kena la seimbang der.