Malaysia
currently in progress.

17 August 2011

Angry Bird Live Action


Kalo korang suka main Angry Bird, mesti korang rasa video ni gempak an, an, an.

Membaca tu kan jambatan ilmu.

"Assalamualaikum."
Salam dihulur pembuka bicara.
Dengan menggunakan komputer office jenama dell, tepat jam 12.11 pm, aku pun meng-update blog ini yang sudah lama tidak dinukilkan dengan kisah-kisah terbaru. Seringkali niat untuk menulis di blog ini terbatas dengan pelbagai alasan yang sememangnya biasa diberikan oleh orang seperti aku.
"Tak ada mood la."
"Malasla."
Tapi kini tidak lagi. Ha Ha Ha.

--------------------------------------------------

  Amacam baca sekapur sireh kat atas. haha. Biasalah, sekali-sekala buat ayat novel sikit. Nak gak eden torai ayat-ayat novel ni kan. Ok lah, kat sini aku nak share la dengan korang buku-buku yang aku cubakan diri aku untuk baca sepanjang cuti ni. Antaranya:


Buku ni best. Cerita pasal 2 orang budak lelaki Afghanistan yang berlainan puak. Sorang pashtun, sorang hazara. Diorang ni kawan baik. Dalam buku ni ada la cerita pasal kisah hidup diorang hidup dekat Afghanistan. Ada la pasal friendship, pride, betrayal. For me, buku ni terbaik ! And buku ni juga la buku novel English first sekali yang aku berjaya habiskan sepanjang aku hidup ni. *Hebat laaah*


Ni buku second yang aku berjaya khatamkan time cuti ni. A thousand splendid suns. Title buku ni diambil dari puisi Farsi. Macam mana aku tau? Mesti la sebab aku dah baca beb ! Buku ni pulak cerita pasal kehidupan 2 orang perempuan yang terpaksa kahwin awal sebab kemelut hidup di Afghanistan. Penulis buku ni sama dengan je ngan penulis buku The Kite Runner which is first buku kat atas tu. Buku ni pun best ayam ! Novel English pulak lagi. *Hebat laaah*
 
Haha. Buku last ni tak boleh kata apa la. Baca pun sebab kena cabar dengan kaka saudara aku. Dia cakap buku ni sedih gila, so aku try la reading se babak dua. Pergh, last-last habis kot ! Unbelievable betul lah. Novel ni memang jiwang tak hengat punya. Sedih gila sikit la novel ni. Perempuan kalau baca mesti menangis punya. Serius tarak tipu. Kalau lelaki, heh. Harapan laa. (ini tipu)

Itu je la 3 novel yang aku dah berjaya habiskan time cuti ni. Time puasa ni khatamkan Quran la pulak kan. Dunia Akhirat kena la seimbang der.




25 April 2011

Extreme Machines

Gambarajah di atas adalah sebuah motosikal yang telah diiktiraf sebagai motosikal terlaju di dunia, Suzuki Hayabusa. Smart kan design dia, sleek gila. Dia punya laju, Fuuhh, memang keren la. Boleh cecah 303 km/h - 312 kmh tu.

Fun facts:

      Hayabusa ni nama jepun bagi "peregrine falcon". Burung ni selalu dijadikan metafora yang melambangkan kelajuan. Dengan kata lain, nama Hayabusa ni diberi sebab diorang nak challenge title world fastest's motorcycle yang sebelum ni dipegang oleh Honda CBR1100XX a.k.a Honda Black Bird. Eventually, Hayabusa ni dapat la mengatasi Black Bird dengan kelajuan lebih 16 km/h dari Black Bird.

Honda Black Bird
    Tadi aku tertengok show "Extreme Machines" dekat channel Discovery Science , yang Black Bird ni dapat lintas padang American Football dalam masa sesaat lebih. Laju gila habaq ang! Kalo Black Bird laju camtu, Hayabusa ni tak perlu diceritakan la lagi. Korang sempat kelip mata sekali je zup, lintas siap dah American Football tu. Fuuyoooh !

Haih, bila la motor 'ninja' modenas aku nak bertukar jadi Hayabusa ni.

21 January 2011

Shaye Ghase..

Pelat.

aku rasa benda ni takde la pelik mana. Kita semua pernah pelat kan? Tak pernah la lagi aku dengar budak-budak umur setahun lebih cakap okay ja. tak kesah la pelat tu berkekalan atau tidak. Aku pun pernah pelat ni. Tapi bagi case aku, aku pelat huruf 'R' la. Sampai fom 4 pelat kot. Syukur sekarang dah boleh sebut 'R' dengan betul, getar baik punya! Kalo dulu manjang kena bahan je dengan member.

'Aghi ni kite makan kaghi kambing ar nik'
'Oi, tughun bola keghanjang ke?' (punya nak bahan, sanggup cakap skema bola keranjang. basket sudeyh).

Tapi sebenarnya tanpa diorang bahan-bahan aku ni juga la, takda aku akan berusaha cakap 'R' dengan betul ni. Terima kasih banyak diucapkan. zzz~

Okay la, abaikan dulu kisah lama. Sekarang ni aku nak kongsi la dengan sesiapa pula yang pelat huruf 'R' ni kan, cagha-cagha atau teknik untuk meng'enable' kan kita boleh cakap huruf 'R' ni dengan betul. Tapi ni untuk lidah yang tak bergetar je. yang kes lidah pendek, aku tak tau la nak tolong camna

Satu.
Setiap hari lepas bangun, practisekan la lidah korang tu. kasi up-down, up-down. bak kata orang, pelan-pelan kayuh. Bila dah setiap hari korang buat , InsyaAllah berjaya.

Dua.
Banyakkan baca Al-Quran. Kan baca Al-Quran melembutkan lidah. Di samping itu, kita akan dapat pahala juga pun.

...

Hehe, dua ni je la tips yang aku ada dan aku praktik kan. Banyak-banyak pun kalau tak ada guna buat pa kan. ngabih an boreh yo! Tapi kalau tak boleh jugak, jangan lah rasa down. Takda la effect mana pun pelat sehuruf dua. Pierre Andre tu aku tengok, macho je berlakon walau pelat huruf 'S' dan 'T' kan, kan?
 


12 January 2011

I Love Living Life. I Am Happy.


Be thankful and grateful with what you have. When you got it bad, remember there is someone that got a lot worst than you.