Malaysia
currently in progress.

14 August 2010

Selamat Bersungkai !

Akhirnya bulan Ramadhan telah tiba. Jadi memang biasa la time bulan Ramadhan ni ramai yang berlumba-lumba mengerjakan ibadah an, ada yang bertadarus, sedekah, solat sunant dan lain-lain, dan pahala pada bulan ini berlipat ganda woo. Bukan takat wajib, yang sunat pun berlumba-lumba orang nak buat. Contohnya bagi salam. Nak cerita la kan, tadi on the way balik sembahyang jumaat, tiba-tiba ada sedara ni ntah dari mana sentuh bahu, pastu hulur tangan, kendian berkata "Assalamualaikum", aku pun dgn refleksnya menjawab la salam beliau, pastu sedara tu tadi blah gi buat benda yang sama dekat orang depan aku pula. Haa, nampak! mana ada kejadian camni jadi time bulan lain. Tabik la dekat sedara tu, nampak kesungguhan dia cari pahala time bulan puasa. Dan time bulan puasa ni, kita juga disunatkan agar mengerjakan solat sunat tarawikh, dan memang standard la kebanyakan orang, surau mana yang paling cepat setel tarawikh, surau tu la destinasi pilihan. Ni nak cerita la lagi kan, lepas solat jumaat tadi, aku pun duduk la lepak jap dkt masjid negeri tu, haih, bukan slalu der lepak masjid negeri ni, haha. Pastu ada la penolong mufti negeri ni bangun bagi tazkirah sempena bulan Ramadhan kan. Dia pun start la story, story punya story punya story, masuk la bab tarawikh. Dia cakap la, kita solat tarawikh ni bukan takat utk ikut je, asal ramadhan kita tarawikh, sepatutnya kite kena la menghayati tarawikh tu, jadi isu kita cari surau mana yang terpantas tarawikh dia tidak perlu la timbul ye.
Sekian.


SELAMAT BERPUASA !!
dan beragak-agak la time bersungkai nanti ye..

p/s: gambar xde kene mengena ngan puasa, tak nyabo nak ghayo je. HAHA